Friday, April 19, 2013

UBI KAYU KUNING ISTIMEWA BUAT KREPEK

Pemarut Kerepek Ubi




Dalam gambar kat atas tu ialah Ubi Kayu Kuning.
Biasanya dijadikan kerepek. Khabarnya, kerepek ubi
kayu kuning adalah yang terbaik dan amat sedap. 

Ubi kayu kuning, jika dijadikan tapai, rasanya sungguh
enak. Wallahu a'lam! Kepada saya semua sedap
dan enak.

Cerita pasal kerepek, saya terfikir nak beli pemarut
khas. Bila dah beli nanti, sambil lepak-lepak kat kebun
boleh goreng kerepek.

Tuesday, April 9, 2013

RENDANG tOK BAHAGIAN 2

RENDANG TOK BAHAGIAN KEDUA



MASAKAN RENDANG MINANG

RESEPI MASAKAN RENDANG




Rendang Masakan No 1 Terlazat Di dunia

Rendang ala Malaysia


Resepi masakan nasi tomato al habsyi

Saturday, December 24, 2005

Resipi...NASI BERINGIN BERBIJAN


Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Sumbangan: Norhayati Samsu - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
3 camca besar minyak masak/ majerin
1 camca besar bijan
5 cm halia, ditumbuk halus
5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 batang serai, dititik dan dipotong dua
6 helai daun limau purut
600 gram beras wangi, dibersih dan disejat
850 ml air
250 ml santan daripada 1 biji kelapa
garam secukupnya
1/2 camca teh perencah sup sayur

Cara-caranya
1. Panaskan minyak diatas kuali, masukkan bijan.
2. Tumis halia, bawang putih, sebahagian serai dan 3 helai daun limau purit.
3. Setelah naik bau dan keperangan, masukkan beras dan goreng sehingga kekuningan.
4. Didalam periuk lain, jerang air, santan, garam dan perencah sup sayur.
5. Letakkan baki daun limau purut dan serai. Setelah mendidih masukkan beras yang telah digoren tadi.
6. Apabila kering airnya, perlahankan api dan tutup periuk. Biar sehingga nasi masak sempurna.

Cadangan Hidangan
Nasi ini enak dimakan dengan laum berlemak umpamanya Masak Lemak Nenas, Ayam Masamah, Daging Masak Merah dan Sambal Telur, Sambal Udang atau Peparu Goreng. Pilihan sayur pula : Sambal Goreng Jawa, Jelatah atau ulam beserta sambal belacan.
|

Resipi...NASI DAGING BERAS PERANG


Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Sumbangan: Azizah Zakaria - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
500 gram daging lembu, dihiris nipis
1.25 liter air (daripada rebusan daging)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 cm halia
5 gram rempah beriani
5 gram rempah kari daging
5 gram rempah kurma
60 ml minyak masak
15 gram majerin
5 biji bawang merah, dihiris halus
1 helai daun pandan, disimpul
garam dan gula secukupnya
500 gram beras perang
100 gram sayur campur
100 gram bawang goreng

Cara-caranya
1. Rebus daging dan asingkan airnya. Tambah air jjika perlu mengikut sukatan yang diberikan.
2. Hiris daging dan gaul degnan bawang putih, bawang besar dan halia serta rempah.
3. Panaskan minyak bersama marjerin didalam periuk. Tumis bawang merah dan daun pandan.
4. Apabila wangi, masukkan daging, air rebusan daging, gula dan garam.
5. Biarkan mendidih, masukkan beras dan masak sehingga kering
6. Apabila air kering baru masukkan sayur campur. Biarkan sehingga nasi masak.
7. Sewaktu menghidang tabur bawang goreng diatasnya.
|

Resipi...UDANG GORENG BERCILI ALA MINANG


Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang besar
1 labu bawang besar } dihiris
minyak untuk mengoreng
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
7 biji cili merah }
1 biji tomato merah } dikisar
3 ulas bawang merah }
gula

Cara membuat:

Udang dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng hingga masak, angkat .
Dengan menggunakan minyak yang telah digoreng udang tadi , tumiskan bawang besar kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Goreng hingga garing dan pecah minyak dengan api yg perlahan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Jika ingin masakan ini masam sedikit bolehlah di masukkan sedikit air limau nipis.
Akhir sekali masukkan udang goreng, balik-balikkan biar sebati dan bolehlah diangkat
|

Resipi...NASI TOMATO AL-HABSHI


Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Sumbangan: Sharifah Khiratunisa Ben Shehab - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
125 ml minyak sapi
2.4 liter air
185 gram (1 tin) puri tomoto
1 kg daging kambing, dihiris dan direbus sehingga empuk
125 ml susu cair
1 1/2 kg beras basmathi, dibasuh dan disejat
400 gram lobak merah, dipotong
200 gram bendi, dipotong
garam secukupnya

Bahan Kisar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 camca besar rempah kari daging

Rempah Tumis
3 biji bawang besar, dihiris
5 kuntum cengkih
5 cm kulit kayu manis
3 biji pelaga

Bahan dihiris 2cm
5 tangkai daun pudina
6 tangkai daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
5 tangkai daun sup

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi didalam periuk. Masukkan bahan kisar dan rempah tumis, kacau sehingga garing.
2. Masukkan air, puri tomoto dan daging. Biarkan mendidih.
3. Bubuh susu, semua daun yang dihiris, beras, lobak, bendi dan garam. Kacau sekali sekala sehingga kering airnya.
4. Perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga nasi elok sempurna.

Projek Tapai

Projek Tapai Pulut

Salam Merdeka!
Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia dan juga untuk rakan-rakan blogger sekalian.Tahun ni,sambutan malam merdeka di Dataran Merdeka tidak meriah seperti biasa,kerana terdapat kumpulan yang ingin membaca puisi pada malam merdeka.Jalan untuk masuk ke Dataran telah di tutup awal-awal lagi untuk menghalang kumpulan tersebut.Entah apa yang ditakuti oleh pihak berkuasa sehingga jalan masuk telah di seal seawal petang.Oh..pilihan raya sudah makin hampir – mungkin!Kita lupakan soal sambutan merdeka.
Projek tapai pulut sebenarnya sudah dirancang oleh cewek saya sebelum raya lagi.Bila pulang ke kampung raya baru ni,projek tapai pulut diteruskan pada raya ke 6.Tapai sebenarnya adalah makanan tradisi rakyat malaysia sejak dahulu lagi.Saya tak pasti tapai berasal dari Malaysia atau Indonesia,apa yang penting kita berhak makan dan menikmati tanpa rasa ragu-ragu.
Tidak lengkap rasanya kalau tapai tidak dibungkus dengan elemen daun.Tapai yang dibungkus dengan daun lebih sedap berbanding tapai moden yang dibuat dalam bekas plastik.Kebiasaan tapai dibungkus dengan daun pisang dan daun pokok getah,ada juga yang  dibuat mengunakan daun pokok koko.Bagi saya,tapai yang dibungkus dengan daun pokok getah lebih nampak tradisional dan ada nilai estetika.
Sebelum itu,saya nak kongsikan gambar projek tapai yang saya sempat snap tempohari……….jom layan
Daun getah yang tidak terlalu kecil dan besar sangat sesuai untuk membungkus tapai.Daun getah mempunyai 3 helai daun untuk 1 tangkai.
Pulut yang siap dikukus dan perlu disejukan secara semula jadi,jangan sesekali bungkus tapai yang masih panas – confirm tak jadi.
Pulut yang telah sejuk dan telah dicampur dengan ragi sedia untuk dibungkus.
Cara bungkus tapai dengan betul
Tapai yang dibungkus dengan sempurna akan menjadi manis serta masak dengan rata.
Tapai siap dibungkus 3 serangkai.
Siap dibungkus dan dah boleh diperam selama 2 malam.

Mitos tentang tapai

Mengikut pantang larang orang tua-tua dahulu,jika nak buat tapai ada beberapa perkara perlu dipatuhi seperti,
Tidak boleh dalam keadaan peroid – alasan,tapai akan jadi merah.
Tidak boleh buat dalam keadaan marah – alasan,takut tapai masam.
Tidak boleh bercakap semasa membuat tapai – alasan,tapai akan mentah
Sebenarnya untuk buat tapai,tidak ada pantang larang yang perlu dipatuhi seperti diatas.Apa yang paling penting peralatan dan persekitaran mesti bersih.Tapai yang sudah siap dibungkus perlu dibalut dengan kain dan disimpan ditempat gelap supaya,ragi dapat membiak dan seterusnya tapai yang diperam akan masak.
Setelah 2 malam diperam,projek tapai saya menjadi,semua tapai yang dibuat manis.Mungkin lepas ni boleh diusahakan bila menjelang bulan ramadhan. :)
CREDIT : Arina Ismail dan Alina serta krew yang terlibat dalam projek tapai pulut.