Projek Tapai Pulut
Salam Merdeka!
Rasanya masih tidak terlambat untuk saya
mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia dan juga
untuk rakan-rakan blogger sekalian.Tahun ni,sambutan malam merdeka di
Dataran Merdeka tidak meriah seperti biasa,kerana terdapat kumpulan yang
ingin membaca puisi pada malam merdeka.Jalan untuk masuk ke Dataran
telah di tutup awal-awal lagi untuk menghalang kumpulan tersebut.Entah
apa yang ditakuti oleh pihak berkuasa sehingga jalan masuk telah di seal seawal petang.Oh..pilihan raya sudah makin hampir – mungkin!Kita lupakan soal sambutan merdeka.
Projek tapai pulut sebenarnya sudah
dirancang oleh cewek saya sebelum raya lagi.Bila pulang ke kampung raya
baru ni,projek tapai pulut diteruskan pada raya ke 6.Tapai sebenarnya
adalah makanan tradisi rakyat malaysia sejak dahulu lagi.Saya tak pasti
tapai berasal dari Malaysia atau Indonesia,apa yang penting kita berhak
makan dan menikmati tanpa rasa ragu-ragu.
Tidak lengkap rasanya kalau tapai tidak
dibungkus dengan elemen daun.Tapai yang dibungkus dengan daun lebih
sedap berbanding tapai moden yang dibuat dalam bekas plastik.Kebiasaan
tapai dibungkus dengan daun pisang dan daun pokok getah,ada juga yang
dibuat mengunakan daun pokok koko.Bagi saya,tapai yang dibungkus dengan
daun pokok getah lebih nampak tradisional dan ada nilai estetika.
Sebelum itu,saya nak kongsikan gambar projek tapai yang saya sempat snap tempohari……….jom layan
Daun getah yang tidak terlalu kecil dan
besar sangat sesuai untuk membungkus tapai.Daun getah mempunyai 3 helai
daun untuk 1 tangkai.
Pulut yang siap dikukus dan perlu
disejukan secara semula jadi,jangan sesekali bungkus tapai yang masih
panas – confirm tak jadi.
Pulut yang telah sejuk dan telah dicampur dengan ragi sedia untuk dibungkus.
Cara bungkus tapai dengan betul
Tapai yang dibungkus dengan sempurna akan menjadi manis serta masak dengan rata.
Tapai siap dibungkus 3 serangkai.
Siap dibungkus dan dah boleh diperam selama 2 malam.
Mitos tentang tapai
Mengikut pantang larang orang tua-tua dahulu,jika nak buat tapai ada beberapa perkara perlu dipatuhi seperti,
Tidak boleh dalam keadaan peroid – alasan,tapai akan jadi merah.
Tidak boleh buat dalam keadaan marah – alasan,takut tapai masam.
Tidak boleh bercakap semasa membuat tapai – alasan,tapai akan mentah
Sebenarnya untuk buat tapai,tidak
ada pantang larang yang perlu dipatuhi seperti diatas.Apa yang paling
penting peralatan dan persekitaran mesti bersih.Tapai yang sudah siap
dibungkus perlu dibalut dengan kain dan disimpan ditempat gelap
supaya,ragi dapat membiak dan seterusnya tapai yang diperam akan masak.
Setelah 2 malam diperam,projek tapai
saya menjadi,semua tapai yang dibuat manis.Mungkin lepas ni boleh
diusahakan bila menjelang bulan ramadhan.
CREDIT : Arina Ismail dan Alina serta krew yang terlibat dalam projek tapai pulut.
No comments:
Post a Comment