Wednesday, October 16, 2013

Resepi daging kambing mamak di Surau An-Nur

Buat pertama kali kenduri sempena sambutan Hari Raya Korban di Surau An-Nur, Puchong
Intan menjamu ahli Surau dengan resepi daging kambing mamak.
Kali ini tukang masaknya merupakan mamak asli yang tinggal di Taman Puchong Intan
 berdekatan dengan surau.

 Biasanya kenduri akan menggunakan resepi daging masakan orang Melayu sahaja dan
 separa mamak untuk persediaan jamuan makan tengah hari menjelang sambutan hari raya korban.
resepi daging sedap beriani



















Korban tahun ini sederhana sahaja dengan 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing dikorbankan oleh
para pendudukTaman Puchong Intan dan seekor kambing khas digunakan keseluruhannya untuk
 masak resepi daging mamak.

Menu pada hari raya korban semalam adalah gulai daging kambing, kurma daging kambing,
sup tulang kambingdan masak sambal tumis daging. Manakala nasinya selain daripada nasi putih
disediakan juga seperiuk besar nasi beriani mamak.

Resepi daging kambing mamak di Surau An-Nur





















Ketika proses memasak berebut-rebutlah makcik-makcik dan kakak-kakak melihat cara mamak asli
masak dan cuba mendapatkan resepi daging kambing mamak dari mami yang nampaknya begitu cekap
sekali menyediakan segala resepi daging kambing mamak.

Beberapa keping gambar makanan sempat dirakamkan untuk tatapan para pembaca yang
 mungkin mendapat sedikit idea bagaimana rupanya resepi daging kambing mamak
Surau An-Nur Puchong Intan tersebut.
resepi daging sedap beriani





















Resepi daging kambing mamak untuk gulai beriani

Bahan pertama


  • 1 kilo daging kambing
  • 4 sudu besar rempah beriani
  • 1 cawan yogurt asli
  • 3 biji kentang dipotong kecil
  • 2 biji tomato segar dipotong empat
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji bawang besar dipotong empat
  • 1 pokok daun ketumbar dipotong kasar
  • Garam

resepi daging sedap beriani

 


















Bahan kedua untuk ditumis
  • 5 biji bawang merah ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk kasar
  • 2 batang kulit kayu manis dalam 1.5 inci
  • Halia ditumbuk kasar dalam 2 inci
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari segar
  • 3 sudu besar minyak masak
Caranya:


  1. Potong daging sederhana kecil dan dibasuh dengan tepung gamdum -hilangkan bau
  2. Perapkan daging di atas dengan rempah beriani
  3. Panaskan minyak dan mula tumis bahan tumis di atas sehingga wangi
  4. Masukkan daging serta campur dengan sedikit air
  5. Kacau hingga rata sampai pecah minyak
  6. Masakkan santan, garam dan kentang. Biarkan hingga kentang hempuk
  7. Masukkan tomato, cili merah dan hijau, bawang besar serta daun ketumbar.
  8. tutup periuk  dan tutup api bila daun dan tomato nampak layu.
  9. Boleh dihidangkan...
Demikianlah sedikit resepi daging kambing mamak masak beriani yang dapat 
dikongsikan disini untuk cubaan merekayang rasa nak makan masakan mamak.
 Anda boleh gantikan daging kambing kepada daging lembu jika tak suka
makan kambing.

Sunday, October 13, 2013

RESEPI KUAH ROJAK

Rojak Tauhu

fuhhhh... cam lama tak pekena rojak... sesekali makan mmg syok gler! akceli ader macam2 resepi kuah rojak neh.... dalam blog nih rasanya ader dua tiga kot resepi kuah rojak.. kalau ader petis readymade mmg senang nak buat.... kalau yang xde tuh, leh try resepi MIL kak.azlina nih... tapi aku buat main agak2 jer sukatan tuh...... alhamdulillah kene juga dengan selera..... tima kasih kak.na.... bahan rojak cume gune tauhu, timun dan nenas jer..... bahan byk xde tp sbb nak makan, belasah ajer....
RESEPI ROJAK TAUHU
resepi kuah rojak : kak.azlina@terminalhijrah
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Kuah Rojak
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus - ikut kepedasan masing2
  • 1 senduk besar gula merah dimasak dgn 1/2cwn air & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan air
  • sedikit air asam jawa
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Bahan Rojak
  • Tauhu Pok/Tauhu biasa - bakar/goreng dahulu
  • Timun
  • Taugeh celur
  • Kangkung celur
  • Nenas
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 kuah diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  • Biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
  • Tuangkan kuah ke atas bahan2 rojak.Taburkan kacang tanah tumbuk.
  • Sedia dihidang.

Tuesday, September 17, 2013

KUIH TRADISI YANG TIDAK DIKENALI DIUTARA

Beras Rendang aka Wajik Sirat-DI SEBELAH UTARA YANG TERKENAL PULUT KACAU DI SELATAN WAJIK SIRAT 

 

                                       PULUT KACAU

Lama sungguh tak makan kueh ni.  dikampung tc ianya dipanggil beras rendang.  Mungkin bersebab pulutnya kena disangrai terlebih dahulu. Ada jug yang memanggilnya dengan nama wajik sirat.

resepinya :

500 gram beras pulut - disangrai dan dikisar
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
2 cawan santan pekat (tambah sedikit air jika pulut masih keras)
300gram gula dijadikan gula hangus (nk gunakan gula melaka pun boleh)

penyediaannya:

sangrai beras pulut dan kisar halus. Disebabkan tc malas nak mengorengnya didalam kuali, tc letakkan didulang dan masukkan kedalam oven, dengan suhu 230celsius tc panggang beras pulut ni selama +/- 25 minit,  sempat lah nampak oven berasap....yang penting berasnya sekata aja dipanggang dan tangan pun tak lenguh sebab nak kena selalu "mengacau" dikuali.


gaulkan beras pulut yang dah dikisar dengan kerisik
menggunakan kuali tak melekat, tc panaskan gula sehingga mencair (buat gula hangus) kemudian tc tuangkan kedalam santan.  campuran gula hangus dan santan tu tc didihkan.  pastikan ianya dikacau supaya tak pecah minyak.


masukkan beras pulut kisar yang dah dicampur dengan kerisik, kacau sebati sehingga masak. jikalau terlihat beras pulutnya masih utuh/keras tambahkan sedikit air.
kacau sehingga kelihat likat dan berkilat. ketika ini terasa seperti mengacau dodol pulak.

tuangkan kedalam loyang yang dah dilapik dengan plastik /daun pisang (untuk memudahkan jika hendak dikeluarkan )
sejukkan sebelum dipotong.




Friday, July 5, 2013

KHASIAT HALIA BARA

Teh halia bara penawar demam selesama dan keletihan

Wrote by on Jumaat, 3 Mei 2013
Halia bara
Assalamualaikum. Teh halia bara adalah sejenis minuman tradisional yang diturunkan dari zaman nenek moyang kita lagi. Jika badan tidak rasa selesa + kepenatan + keletihan + deman + selesama = minum teh halia bara. InsyaAllah.. badan akan rasa selesa dan kurang keletihan.

Ada tidak diantara kita suka minum teh halia bara? Kalau teh halia tu memang biasa kita minum. Tetapi kalau teh halia bara ini pasti korang lebih gemarkannya kerana rasa + baunya lebih harum + sedap dari teh halia biasa.

APA ITU HALIA BARA + KHASIATNYA

  • Halia bara mempunyai bentuk yang sama seperti halia biasa yang bewarna kuning putih. Rasanya lebih pedas + berwarna merah pink + sedikit kecil saiznya. Pokoknya juga sangat banyak khasiatnya untuk mengecutkan rahim ibu bersalin + menghilangkan demam + selesama. Namun mengambil buah halia bara untuk merawat demam + selesama + keletihan + kepenatan saja sudah cukup melegakan.

CARA2 MEMBUAT TEH HALIA BARA

  • Ambil sebesar 2 inci halia bara dan diketuk. Jika tiada halia bara guna halia biasa juga boleh.
  • Rebus dengan 4 cawan air + gula melaka (ketul) ikut rasa + daun pandan dipotong sedikit.
  • Rebus sampai menggelegak selama 5 minit.
  • Simpan dalam tarmus untuk kekalkan kepanasannya.
  • Minum panas2...
Untuk ibu2 yang ingin mengecutkan rahim selepas bersalin = rebus pokok halia bersama batang2nya dan dibuat mandi. Untuk melegakan demam juga bagus direbus batangnya dan diminum. InsyaAllah cepat reda - baik.
Nota
Sangat hebat tumbuh2an herba yang Allah SWT cipta bukan. Namun setiap amalan2 kita haruslah disertakan dengan selawat tiga kali + Alfatihah sekali. Mudah2an penyakit yang berjangkit bisa membantu meredakan. Selamat mencuba.. 
Gambar halia bara kredit google

Wednesday, June 26, 2013

Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap

at 26 Jun 2013 [ 12:54 PTG ]
Bagi yang ingin mencuba, di sini saya kongsikan resepi nasi ayam mudah dan sedap yang telah diubah suai mengikut cita rasa kami sekeluarga. Suami juga turut memberi pujian - nasi ayam yang dihasilkan ini 100% sedap. Lepas ni bolehlah dijadikan sebagai salah satu menu untuk berbuka puasa pula.
Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap (Resepi untuk 4-5 orang)
Ayam
Untuk merebus :
1/2 ekor ayam (dipotong)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (diketuk)
Air secukupnya
- Rebus ayam sehingga empuk.
- Angkat, toskan dan kemudian perap bersama bahan perapan selama 30 minit.
Untuk perap :
Sos tiram
Kicap manis
Madu
1 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
- Goreng ayam yang sudah diperap sekejap sahaja - hingga keperangan.
Nasi ayam
4 cawan beras
1 cm halia (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
2 sudu butter 
Susu full cream
Garam
Gula
Air rebusan ayam
- Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam rice cooker.
- Dengan menggunakan kuali, panaskan butter dan masukkan bahan kisar (bawang putih & halia), bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. 
- Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam, susu full cream, gula dan garam mengikut rasa dan biarkan mendidih. 
- Matikan api dan masukkan bahan ke dalam rice cooker untuk dimasak seperti biasa.
* Sukatan untuk 4 cawan beras : 2 cawan air rebusan ayam dan 2 cawan susu full cream.
Sos
5 biji cili merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
- Tumis bahan yang dikisar, kemudian masukkan cuka, garam, gula dan air rebusan ayam. 
- Gunakan api kecil dan masak hingga menjadi likat.
Kicap
- Masak air kicap hasil perapan ayam tadi sehingga mendidih.
Sup
Air rebusan ayam
Rempah sup
Daun sup (dihiris)
Garam
- Didihkan air rebusan ayam, masukkan rempah sup, daun sup dan garam secukup rasa.
Sayur
Boleh dihidang bersama tomato, timun dan daud salad.
Siap. Selamat mencuba.

CARA MEMASAK NASI HUJAN PANAS

Nasi yang telah dititikkan dengan pewarna merah, kuning dan  hijau.
Bahan-bahan (untuk 3 - 4 orang makan) :
3 cawan beras Basmathi
3 cawan air
3 sudu makan minyak sapi (boleh guna marjerin)
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pewarna merah, hijau & kuning
3 labu bawang besar (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Cuci beras dan ditoskan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi/marjerin.
3. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam.
5. Apabila nasi kering, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning di tempat berasingan.
6. Apabila nasi masak, gembur-gemburkan nasi itu.