Apabila menceburkan diri dalam perniagaan atau apa jua kerja bulatkan tekad kepada tajuan dan sasaran apa yang hendak dicapai. Jangan berharap kepada orang atau lain-lain perkara.Kita dan tujuan utama hendaklah diutamakan .Hadapi rintangan.Bersama kesusahan ada kesenangan.Beserta kesulitan ada kemudahan. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya !Tetapkan tujuan dan berusaha keras untuk mencapainya dengan yakin.
Tuesday, January 8, 2013
Tuesday, January 1, 2013
KHASIAT DAUN ATAU HERBA
Antara khasiat kerdas yang aku dapat info dari nenek2 dan mama aku ialah dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing, menjauhkan diri dari penyakit kencing manis..dan yang paling penting..dan paling aku suka ialah..awet muda..kuikuikui..
InsyaAllah..Lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia sehingga kini (Muharyani 1987). Ulam-ulam ini dari berbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar seperti petai dan kerdas.
Sebilangan pokok ulamini jenis semusim manakala yang lain jenis saka.kerdas - perak panggil geduak, kelantan panggil woh Kedah.
JENIS YANG POPULARNama biasaNama saintifikRebung Buluh (Bambusa sp.),
Cekur manis (Sauropus androgynus), Jering (Pithecellobium jiringa), Kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus),
Kaduk (Piper sarmentosum), Kerdas (Pithecellobium bubalinum),
Kesum (Polygonum minus),
Nangka Muda(Artocarpus integra),
Pucuk Paku (Athyrium esculentum),
Pegaga (Hydrocotyle asiatica),
Petai (Parkia speciosa),
Jantung Pisang (Musa sapientum),
Selom (Oenanthejavanica),
Terung Pipit (Solanum torvum),
Pucuk Ubi Kayu (Manihot esculenta),
Ulam raja (Cosmos caudatus).
JENIS YANG KURANG TERKENALBeluntasPluchea indica
Betik (pucuk)Carica papaya
CekurKaempferia galanga
Gajus (pucuk)Annacardium occidentale
Geli-geliLasia spinosa
Kelor (daun)Moringa oleifera
KemahangColocasia esculenta
KemanNeptunia prostrataKeremakAlternanthera triandra
Mengkudu (pucuk)Morinda citrifolia
Pina-pinaPterococcus corniculatus
Putat (pucuk)Barringtonia racemosa
Paku rawanLimnocharis flava
SalangClaoxylon longifoliumSetangMelia excelsa
Tapak itikMarsilis minuta
CARA BUAT RAGI
Dipetik daripada kitab Tajul Muluk
Terjemahannya:
Mula2 diambil beras satu kal ertinya setengah cupak, maka ditumbuknya
jadi akan tepung dan kulit manis qadar telunjuk panjangnya dan besarnya
pun demekian jua dan akar manis pun demekian jua dan pucuk birah hitam
yang bulat pun demekian jua dan daun terung besar barang lima daun dan
bawang putih dua buah jika kecil dan jika besar jadi satu maka semuanya
dijadi akan tepung maka dicampur dengan tepung beras kemudian maka
dibulat2 besar2nya qadar hujung jari tengah dan masaknya segantang beras
dan jika besar qadar hujung jari kitak masaknya dua cupak beras jua
Ubatan Berasaskan Herba
pokok gorek
Bunga lempoyang
lengkuas geting
bunga remilang
bunga meriam batu
mata itik
pucuk gorek
pucuk halban
NASI ULAM RESEPI PULAU PINANG
NASI ULAM makanan istimewa . Dulu dimakan oleh orang perempuan lepas bersalin, pada waktu bulan ramadzan dan amsa tertentu sahaja. Nasi tersebut boleh disantap sepanjang masa.Ia bergantung kepada penyediaan ulam-ulaman dan bahan-bahannya.
A . Bahan asas nasi ulam
Nasi seroi dimasak dan dibiarkan sejuk , biarkan ia berderai sebiji-biji
Nasi tersebut boleh ditanak dengan bunga kacang telang,pewarna biru untuk mendapatkan warna keungunannya
B. Ikan kering yang dibakar dan ditumbuk dan digaul dengan sedikit lada.Jangan terlalu banyak.Ikan kering yang sesuai ialah ikan talang, ikan haruan kering, ikan-ikan seroi bila dikeca.Paling baik ikan kurau.
C. Kerisik kelapa jangan terlalu banyak
D. Perencahnya ialah bawang merah / bawang besar , sedikit bawang putih, halia muda yang dihiris, sedikit sahaja lengkuas , tombak kantan dan bunga kantan, serai
E. Paling penting ulam-ulaman yang cukup .Dulu mereka mencari 44 macam ulam. Kononnya perlu dapat 144 macam ulam.Itu sangat keterlaluan.Mana nak cari ula ang sebegitu banyak.
Ulam dibahagiakan kepada beberapa jenis ;
i) Ulam yang pedas - daun kaduk diambil banyak daripada yang lain, cekur
ii) Daun yang wangi .Terdapat banyak jenis.Di antaranya ialah :
selasih, selasih putih/ noci , lemuni putih ,lemuni hitam,daun cemumar,beluntas, ulam raja,
pucuk halban,pucuk pala,pucuk cengkih,daun kunyit, daun limau purut,medang kemangi
iii) Daun yang busuk - sekentut
iv) Daun yang pahit - daun mengkudu
v) Daun yang kelat - putat, pucuk janggus,pucuk samak
vi) Daun yang lemak - daun bebuas
vii) Daun yang tawar - daun salam,pegaga, daun selom
daun tebengau
daun lemuni hitam
Pucuk putat
Selom
Janggus
sekentut
pelbagai ulaman Cekur
Nasi ulam tradisional
Antara ulam-ulamannya terdiri dari
pelbagai daun kayu, mungkin ada antara kita tak kenal pun daun apa.
Ulaman di atas terdiri dari daun kesembor, daun seripok, daun manir,
daun kaduk, daun serai kayu, daun kesing, daun kesum dan sebagainya.
Katanya selain sekurang-kurangnya 15 jenis ulam, penyediaan nasi ulam juga memerlukan kerisik dan ikan kering khususnya yang diperbuat daripada ikan talang dan pelotang.
Antara ulaman utama ialah daun pegaga, putat, cabang tiga, daun tenggek burung, kesum, samak, kunyit, serai kayu dan mendang kemangi yang akan menyedapkan lagi rasa nasi ulam itu
Katanya selain sekurang-kurangnya 15 jenis ulam, penyediaan nasi ulam juga memerlukan kerisik dan ikan kering khususnya yang diperbuat daripada ikan talang dan pelotang.
Antara ulaman utama ialah daun pegaga, putat, cabang tiga, daun tenggek burung, kesum, samak, kunyit, serai kayu dan mendang kemangi yang akan menyedapkan lagi rasa nasi ulam itu
Subscribe to:
Posts (Atom)